Friday, October 9, 2009

Raya 2009


Dah nak abes dah Syawal baru nak buat entry raya. Tahun nie aku beraya di Trolak,
dan mungkin yang terakhir di rumah quarters ladang Trolak pasal sekarang nie Abah dah start buat rumah sendiri kat pekan Trolak.

Kalau nak diikutkan tahun nie Abah dah pencen...tapi disambung dgn kontrak xtau sampai bila baru nak berhenti kerja. Adik ipar aku yang bongsu baru darjah 2...jauh lagi perjalanan tu...takkan Abah nak kerja sampai 70 kot? Mahu tak mau..kakak2 & abang2 kena sara adik kecik sorang nie. Pengajaran di sini..kita hidup mmg kena plan..terutamanya tentang anak...berapa umur anda sekarang? Kalau pencen umur 55..ditolak dgn 17 = 38 tahun.
Itu baru SPM, kalau kita nak pencen after anak dah grad kena tolak 23 tahun..jadi la 32 tahun..so dalam kira2 mudah nie kena dapatkan at least anak sulung on or before umur cecah 32 tahun..bila anak sulung dah start kerja, xde la terbeban nak menyara anak ke 2, ke 3..(sape2 kerja gomen xpe la..sebab ada skim pencen..!!) tapi kesudahannya kita hanya mampu merancang..tetapi Allah jua lah yang menentukan segalanya...ewah!!

Bergambar sebelum sembahyang raya...

Keluarga belah mak mertua aku...

Aku dan biras2...


Razman & Hakimi....aku & Damia..

Berbalik pada cerita raya tahun ini...memang agak meriah berbanding tahun2 sebelumnya pasal aku dapat 2 orang anak saudara baru. Kedua2 adik ipar selamat dapat baby selang 3 bulan.. yang paling latest Shahmarina baru je abes pantang 2 hari seblom hari raya..tahun nie Abah & mak ada 4 org cucu..ditambah dari 2 cucu senior (anak aku la tu..).

Paling xbest..raya nie jugak keta aku terlibat dgn eksiden..xla teruk..tapi kena hantar workshop jugak la..Hampes betul..!! Seb baik xde apa2...dah la xpernah involve dgn any accident..pening jugak la kepala nak bagi settle..nak buat report la..nak kena ikat bonet la..mcm2 hal...dah la hari kena eksiden tu aku kena cirit birit..ntah berapa masjid aku berhenti melabur aku pun dah xboleh kira dah...asal jumpa masjid & surau je mesti aku berenti melabur...dugaan betul!! (moral of the story..time raya kena berhati2 bila makan...jgn main bedal je..
salah bedal merana perut..) Yang paling aku hangen cirit tu berlarutan sampai raya ke 4 baru berhenti..dah mcm2 ubat aku balun xmau jugak hilangnya..asal ada bende masuk..terus dia nak keluar..azab woo..!!

Aksi poyo di ladang getah Kg. Rasau

Posing tengah panas..


Depan rumah posing kat kereta sebelum kemek....

Iklan Rayban...


Raya nie pun dah tinggal berapa hari je lagi nie..jadi aku ingin mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan kepada semua..salam..!!

Sunset raya pertama..

Habes dah xhensem...!!

2 comments:

sevven said...

Ada perkiraan rupanya...

pye:rudz said...

fuh, aku baru rasa penat beraya dengan anak kecik. penat rupanya. dahlah anak aku jenis suka "menyanyi" dalam kereta. nasib baik hikmat memekakkan telinga aku boleh tahan tingginya. anehnya, kat rumah orang rilek je. rimas barangkali dalam kereta.
eksiden tu memang menyakitkan mata apatah lagi hati.
pun begitu, selamat hari raya.

p/s: kepada nazri, sila ambil kira penaakulan mantik yang sepupu kau buat nih hahaha.