Friday, October 9, 2009

Raya 2009


Dah nak abes dah Syawal baru nak buat entry raya. Tahun nie aku beraya di Trolak,
dan mungkin yang terakhir di rumah quarters ladang Trolak pasal sekarang nie Abah dah start buat rumah sendiri kat pekan Trolak.

Kalau nak diikutkan tahun nie Abah dah pencen...tapi disambung dgn kontrak xtau sampai bila baru nak berhenti kerja. Adik ipar aku yang bongsu baru darjah 2...jauh lagi perjalanan tu...takkan Abah nak kerja sampai 70 kot? Mahu tak mau..kakak2 & abang2 kena sara adik kecik sorang nie. Pengajaran di sini..kita hidup mmg kena plan..terutamanya tentang anak...berapa umur anda sekarang? Kalau pencen umur 55..ditolak dgn 17 = 38 tahun.
Itu baru SPM, kalau kita nak pencen after anak dah grad kena tolak 23 tahun..jadi la 32 tahun..so dalam kira2 mudah nie kena dapatkan at least anak sulung on or before umur cecah 32 tahun..bila anak sulung dah start kerja, xde la terbeban nak menyara anak ke 2, ke 3..(sape2 kerja gomen xpe la..sebab ada skim pencen..!!) tapi kesudahannya kita hanya mampu merancang..tetapi Allah jua lah yang menentukan segalanya...ewah!!

Bergambar sebelum sembahyang raya...

Keluarga belah mak mertua aku...

Aku dan biras2...


Razman & Hakimi....aku & Damia..

Berbalik pada cerita raya tahun ini...memang agak meriah berbanding tahun2 sebelumnya pasal aku dapat 2 orang anak saudara baru. Kedua2 adik ipar selamat dapat baby selang 3 bulan.. yang paling latest Shahmarina baru je abes pantang 2 hari seblom hari raya..tahun nie Abah & mak ada 4 org cucu..ditambah dari 2 cucu senior (anak aku la tu..).

Paling xbest..raya nie jugak keta aku terlibat dgn eksiden..xla teruk..tapi kena hantar workshop jugak la..Hampes betul..!! Seb baik xde apa2...dah la xpernah involve dgn any accident..pening jugak la kepala nak bagi settle..nak buat report la..nak kena ikat bonet la..mcm2 hal...dah la hari kena eksiden tu aku kena cirit birit..ntah berapa masjid aku berhenti melabur aku pun dah xboleh kira dah...asal jumpa masjid & surau je mesti aku berenti melabur...dugaan betul!! (moral of the story..time raya kena berhati2 bila makan...jgn main bedal je..
salah bedal merana perut..) Yang paling aku hangen cirit tu berlarutan sampai raya ke 4 baru berhenti..dah mcm2 ubat aku balun xmau jugak hilangnya..asal ada bende masuk..terus dia nak keluar..azab woo..!!

Aksi poyo di ladang getah Kg. Rasau

Posing tengah panas..


Depan rumah posing kat kereta sebelum kemek....

Iklan Rayban...


Raya nie pun dah tinggal berapa hari je lagi nie..jadi aku ingin mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan kepada semua..salam..!!

Sunset raya pertama..

Habes dah xhensem...!!

Wednesday, September 2, 2009

Tazkirah

Seorang dermawan telah datang pada seorang lelaki yang fakir lalu berkata "Wahai saudara,aku ingin memberi sejumlah wang kepada engkau..sudikah engkau menerimanya?"

Tanpa berfikir panjang lelaki itu lantas menjawab.."tiada sesiapa yang ingin menolak jika diberi rezeki terpijak seperti ini!..tetapi kenapa engkau ingin mendermakan wang kepada aku?"

lantas dermawan itu berkata.."tidak perlulah engkau tahu semua itu..tetapi setelah engkau menerima wang itu, sudikah engkau meminjamkan semula sebahagian wang itu kepada aku untuk aku laburkan?"

lantas lelaki fakir itu bertanya lagi.."sedang engkau mempunyai wang yang sangat banyak..mengapa pula engkau mahu meminjam wang yang telah engkau berikan padaku?"

"aku hanya ambil sebahagian kecil dari yang engkau perolehi agar dapat dilaburkan supaya akan menjadi berkali2 ganda jumlahnya di masa akan datang..dan engkau tidak perlu risau tentang masa hadapanmu lagi kerana pelaburan ini dapat menjamin pulangan yang lumayan pada hari2 yang mendatang.."

"wahai dermawan yang berhati mulia...kalau itulah yang engkau katakan...pasti aku turutkan kerana aku tidak rugi walau sesen pun kerana kesemua wang itu datangnya darimu wahai dermawan..tetapi aku ingin juga tahu berapakah jumlah yang akan engkau sumbangkan padaku..?!"

Setelah terdiam seketika, dermawan itu pun membuka mulutnya lalu berkata "wahai saudara, bahawa sesungguhnya aku akan bersedekah padamu 365 juta dinar...namun sudikah engkau meminjamkan semula padaku sebanyak 30 juta dinar padaku untuk dibuat pelaburan..? aku berjanji akan membayar kembali padamu berpuluh2 kali ganda jumlah yang
engkau pinjamkan bila tiba tempoh matang pelaburan itu kelak.."

"Subhanallah...aku tidak pernah melihat wang sebanyak itu seumur hidupku..adakah saudara ini sudah tidak waras untuk memberi wang sebanyak itu?? tidak cukup dengan itu perlukah saudara berjanji denganku akan memulangkan wang pelaburan berkali2 ganda jumlahnya sedangkan wang yang engkau berikan padaku tidak akan dapat habis aku belanjakan?"

"Usahlah engkau berfikir panjang lagi..sesungguhnya aku hanya mahu melihat kesudian engkau menggunakan sebahagian dari wang yang engkau perolehi ke jalan yang membawa keuntungan di hari muka kelak.."

Kisah ini sudah sering aku dengar sejak dari dulu lagi...jika kita berada ditempat si fakir tadi adakah kita akan berasa bersyukur dengan rezeki yang kita perolehi? Sedangkan dapat bonus yang tak seberapa pun sudah mampu mengukir senyuman kecil di wajah..masakan pula mendapat wang yang belum tentu dapat kita habiskan sepanjang hayat...!!

Namun apa yang menarik kisah yang sering diucap apabila datangnya Ramadhan ini adalah kesudian untuk kita melaburkan sejumlah wang yang kita perolehi tadi. 30 juta memang sangat banyak..tapi jika dibandingkan dengan 365 juta,jumlah itu sangat kecil nilainya..ditambah pula dengan kadar pulangan yang dijamin berpuluh malah beratus kali ganda dari apa yang
kita laburkan..memanglah amat rugi jika kita tidak mahu melaburkan wang 30 juta itu.

Begitu jugalah tentang kita di dunia yang fana ini...Allah telah mengaugerahkan 365 hari dalam setahun dan hanya sebulan atau 30 hari sahaja yang dituntut untuk kita berpuasa,melipat gandakan ibadat..melupakan seketika kesibukan harian demi menambah amal kebajikan,meninggalkan perkara2 yang mendatangkan kelalaian...mengorbankan masa tidur untuk beribadat dan memenuhi masa yang terluang untuk berzikir dan beristighfar..malah mencari segala peluang yang ada untuk bersolat berjemaah lima waktu.

Allah telah berjanji pada kita bahawa pahala dan keberkatan melakukan ibadat di bulan Ramadhan berlipat2 kali ganda ganjarannya berbanding pada bulan2 biasa. Ramai dari kalangan kita amat berat untuk mengorbankan nikmat 30 hari ini. Berapa ramai yang sanggup
memenuhi malamnya dengan beribadat..? Adakah kita dapat menahan telinga kita dari mendengar radio yang mengalunkan lagu2 kegemaran? Beranikah anda menyahut cabaran utk tidak langsung mendengar lagu2 melainkan bacaan dari surah al-Quran sepanjang sebulan Ramadhan? atau setidak2nya menutup radio ketika memandu ke tempat kerja dan membiarkan suasana sepi menyelubungi kereta anda?

Pada mulanya aku juga mempersoalkan apakah yang relevanya utk tidak mendengar musik jika kita tidak terkhayal atau terbawa2 dengan keasyikan muzik tersebut namun kita sering terlupa bahawa puasa adalah satu ibadat...maka adalah yang sebaiknya kita mengekalkan tertib ketika di dalam solat dilanjutkan sepanjang tempoh kita berpuasa yakni dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Ketika bersolat kita hanya mendengar bacaan surah al-Quran dari imam atau bacaan dari diri kita sendiri.. khusyuk tanpa mempedulikan bunyi2 yang ada disekitar kita. Adakah kita boleh mendengar MP3 ketika bersolat? atau bolehkah kita mencuri2 mendengar perbualan orang bersembang ketika kita dalam solat? Pernahkah kita melihat situasi seperti itu? Samalah juga dengan penglihatan kita ketika bersolat...khusyuk melihat tempat sujud tanpa menjeling2 melihat apa yang berlaku sekitar kita. Adakah kita boleh menjeling2 usha2 kot ada awek yang lalu ketika solat atau lebih teruk lagi ketika bersolat dirumah sambil mata memandang rancangan TV takut2 terlepas babak2 yang menarik ketika menunaikan solat.Malah kita juga tidak boleh berkata2 ketika didalam solat melainkan bacaan solat.

Apa yang menariknya ialah ramai di antara kita termasuklah aku tidak berpuasa secara total. Kita hanya menahan lapar..mengawal nafsu, penglihatan, percakapan dan mengelakkan dari perkara yang boleh membatalkan atau mengurangkan pahala puasa.Namun sanggupkah kita
berpuasa secara total dengan mengekalkan tertib ketika bersolat sepanjang tempoh kita berpuasa? Itulah puasa yang paling afdhal.. dan itulah target kita untuk mendapat keberkatan semaksimum yang mungkin...sanggupkah kita? Jika ganjaran 30 juta diletakkan didepan
mata, sanggupkah kita meninggalkan kenikmatan seketika untuk terus khusyuk sepanjang tempoh berpuasa?

Berikut adalah tertib2 solat yang boleh kita panjangkan sepanjang tempoh kita berpuasa;

1)Puasa pendengaran secara total. Hindarkan langsung mendengar radio/muzik..jika perlu hanya dengar info trafik dan berita sahaja. Tidak melibatkan diri dengan perbualan kosong yang tidak mendatangkan faedah, hanya mendengar bacaan2 al-Quran dan kuliah/tazkirah
ketika mempunyai masa yang terluang.

2)Puasa penglihatan. Biasanya kita hanya menghindarkan diri dari melihat perkara2 yang boleh mendatangkan syahwat,tetapi adalah lebih afdhal jika kita dapat menahan diri dari menonton tv, movie, drama, bermain game, surfing internet atau membaca majalah2 selain dari yang berunsur agama..

3)Puasa percakapan. Semua maklum bahawa kita perlu menjaga pertuturan ketika berpuasa,terutama sekali untuk tidak mencaci,mencarut dan mengumpat. Kita panjangkan dengan hanya bercakap jika perlu, tidak bersembang kosong dan banyakkan berzikir/mengaji al-Quran. Nyanyi2 seorang diri pun kenalah tinggalkan jugak..(Ada orang humming ketika solat?)

4)Mengosongkan fikiran. Apa yang dimaksudkan disini ialah bukan utk kita berhenti berfikir..tetapi memelihara pemikiran agar sentiasa khusyuk dan fokus terhadap kerja seperti di dalam solat. Tidak beromong2 kosong..memikirkan apa juadah berbuka, persiapan raya, termenung mengira bajet raya..dan sebagainya. Pokoknya..komited dgn kerja dan ibadah yang kita lakukan..(Adakah kita termenung ketika solat?)

5)Membersihkan hati. Di sinilah kunci bagi orang2 yang sedang berpuasa. Tujuan berpuasa bukan setakat merehatkan perut,tetapi turut membersihkan hati(jiwa) dan juga hati organ dalaman. Tatkala berlapar dapat membersihkan organ hati, menahan nafsu syahwat, nafsu amarah dan sifat tamak pula dapat membersihkan jiwa kita. Cubalah kita secara totalnya menghapuskan segala kemarahan, sifat2 dengki, dengan menjadi lebih tenang,selalu beristighfar dan bersedekah untuk penyucian jiwa. (Bolehkah kita bersolat dengan keadaan penuh kemarahan dan sakit hati?)

6)Menutup Aurat. Jika bersolat kita boleh menjaga tertib pakaian kita, kenapa tidak dipanjangkan ketika berpuasa? Berbaloikah kita berpuasa tetapi berterusan kita menanggung dosa tidak bertudung,berpakaian mendedahkan aurat terutama bila berada di khalayak orang2 yang sedang berpuasa?

Semoga kita menghargai peluang pelaburan 30 hari yang dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan sebaik mungkin kerana modal 30 hari itu adalah anugerah Allah dan tiada siapa yang tahu berapa kali atau berapa banyak 30 hari itu yang dapat kita merasa sepanjang hayat ini. Gunakanlah kesempatan yang ada kerana kita hidup pun atas kurnian Allah S.W.T.. Semoga ibadah puasa kita diberkati dan dipanjangkan umur agar kita dapat menikmati bulan Ramadhan sebanyak mungkin sepanjang hayat kita. Wassalam.

Monday, August 17, 2009

Wedding : Aiza & Khairul


Another wedding entry...erkk...lama aku kepamkan gambar nie.. Projek aku kat UPM dah masuk fasa terakhir..kalau ikut program dah tinggal lagi kurang sebulan..but definitely until end of this year baru boleh complete kot...ah..EoT xdapat lagi..haha..habes la...pening..!!

Job kali nie aku ikut mr. Zain..@ Chicken also fren from Snap....and wedds nie pun kat area Bangi jugak so mmg aku xlepaskn peluang utk follow... Scope majlis cover akad nikah, outdoor after nikah, majlis sanding esoknya dan outdoor after sanding..kira full package lah nie..penat mcm gaban..!! tapi yg penting enjoy dan puas..


Gambar standard pengantin..aksi menunggu di tingkap


Sempat jugak ambik candid shot seketul dua...



Sesi outdoor selepas majlis nikah..

Saat-saat bahagia selepas disatukan...






Di hadapan Palace of Justice....


Antara lokasi favorite utk wedding shoot...


Ah..Cik Linda pun ada...mak sedara pengantin rupanya..!



Inilah Mr. & Mrs. Zain...lovely couple indeed..!

Sekalung penghargaan buat pasangan pengantin Aiza & Khairul yg cukup sporting melayan kerenah kitorang suruh posing macam2..walaupun penat tapi senyuman tetap maintain...for Zain@Chicken...job lepas raya nanti jgn lupa roger....gua nak follow lagi...hehe...!!

Saturday, July 18, 2009

Wedding

Maza, Atoie...and perantin(kepenatan)

Before abes bulan Jun aritu sempat aku ikut Atoie wat job kat Bangi. Orang dah ajak..takkan aku nak tolak..dah lama aku tunggu peluang nak ikut dia shoot wedding..bila lagi nak belajo teknik ambik gambor wedding..(skarang nie org ambik photo wedding style dah lain...yg convensional tu org dah xberapa nak dah...so..kene la praktis ambik shot yg lain sket...)


Job cover from malam nikah, bersanding esoknya dan sesi outdoor petang hari yang sama..maunya tak penat...tapi kan ku gagahkan jua....stamina ok lagi..heheh..!!








Thursday, July 9, 2009

JapanGT Malaysia 2009


Sekadar ingin berkongsi photo yang sempat dirakam masa gi JapanGT bulan Jun yg lalu....(Gambar pun dah berabuk dah nie..hehe..) Aku sebenarnya tak pegi pun masa race day...sempat gi hari Jumaat je pasal hari tu je yg free...keh2!! Turut bersama2 mengasah senapang pada haritu -->>Maza,Bull & Ngap...(geng2 dari snapmalaysia...)



Qualifying Round Aston Martin Asia Cup


One of my Fav....Nissan Fairlady 370Z







Another beast...Nissan Skyline GTR

Dah nama pun car race...mesti la praktis gambor panning..susah jugak rupanya...tambah plak guna camera yg slow sket...grrr..!!


Ferrari Modena 360


Porsche 911 GT3 kot....?!


Another Porsche 911 GT3


Posing...GT Queen at Paddock..

Reflection...

The big screen.....

Ada drift demo kat car park pulak...


Berani awek nie ambik gambor depan2 camnie..huhu..!

Ingat nak tgk race day hari Ahad tu...tapi kena balik kampung plak ada kenduri marhaban...xpe la..maybe next year ada rezeki lagi boleh tengok...GT Queen...huhu...!!



Friday, July 3, 2009

Majlis Marhaban dan Cukur Jambul


Pada 21 Jun yang lepas berlangsung majlis cukur jambul Mohd. Hakimi Razman di Trolak. Sekalung tahniah abang ucapkan kepada kalian berdua (Siti Zubaidah & Razman) atas kehadiran cahaya mata sulung. Semoga menjadi ibubapa yang penyayang dan dimurahkan rezeki selalu... sorry xsempat edit gambor korang lagi..maklum la abang ipar korang nie mmg pemalas sket..hehe..!!

Monday, June 15, 2009

Tahniah Suejet...


Macam biasa...lambat mcm siput aku nak update blog..6 Jun lepas Suejet telah menamatkan status bujangnya bersama pasangannya yang bernama...err..mana kad jemputan nie..?! eh, tinggal dlm keta..ah biar la..heh.





Seperti biasa jugak, mana2 kenduri kawen sahabat2 91'5 pasti ada muka2 regular seperti...aku, (of course..!!), Berg,Burndol..Botak..Harril, Mat Rock..Lupi..Zahili(Wak Lahon), Izwan Ismail, Shahril Adha (Warden skolah nie..) Usop Sontorian..,Suria Romadhonna..Joul, pengapit (Chikang) dan pengantin (Suejet)..heheh...apa2 pun tahniah pada Suejet...kawan baik aku kat D3 tahun 95... selalu share masalah awex ngan aku...dan sama2 cuci lantai kat Hotel Legend masa tunggu result SPM...wakakaka...!! Congratss Bro!!