Wednesday, September 2, 2009

Tazkirah

Seorang dermawan telah datang pada seorang lelaki yang fakir lalu berkata "Wahai saudara,aku ingin memberi sejumlah wang kepada engkau..sudikah engkau menerimanya?"

Tanpa berfikir panjang lelaki itu lantas menjawab.."tiada sesiapa yang ingin menolak jika diberi rezeki terpijak seperti ini!..tetapi kenapa engkau ingin mendermakan wang kepada aku?"

lantas dermawan itu berkata.."tidak perlulah engkau tahu semua itu..tetapi setelah engkau menerima wang itu, sudikah engkau meminjamkan semula sebahagian wang itu kepada aku untuk aku laburkan?"

lantas lelaki fakir itu bertanya lagi.."sedang engkau mempunyai wang yang sangat banyak..mengapa pula engkau mahu meminjam wang yang telah engkau berikan padaku?"

"aku hanya ambil sebahagian kecil dari yang engkau perolehi agar dapat dilaburkan supaya akan menjadi berkali2 ganda jumlahnya di masa akan datang..dan engkau tidak perlu risau tentang masa hadapanmu lagi kerana pelaburan ini dapat menjamin pulangan yang lumayan pada hari2 yang mendatang.."

"wahai dermawan yang berhati mulia...kalau itulah yang engkau katakan...pasti aku turutkan kerana aku tidak rugi walau sesen pun kerana kesemua wang itu datangnya darimu wahai dermawan..tetapi aku ingin juga tahu berapakah jumlah yang akan engkau sumbangkan padaku..?!"

Setelah terdiam seketika, dermawan itu pun membuka mulutnya lalu berkata "wahai saudara, bahawa sesungguhnya aku akan bersedekah padamu 365 juta dinar...namun sudikah engkau meminjamkan semula padaku sebanyak 30 juta dinar padaku untuk dibuat pelaburan..? aku berjanji akan membayar kembali padamu berpuluh2 kali ganda jumlah yang
engkau pinjamkan bila tiba tempoh matang pelaburan itu kelak.."

"Subhanallah...aku tidak pernah melihat wang sebanyak itu seumur hidupku..adakah saudara ini sudah tidak waras untuk memberi wang sebanyak itu?? tidak cukup dengan itu perlukah saudara berjanji denganku akan memulangkan wang pelaburan berkali2 ganda jumlahnya sedangkan wang yang engkau berikan padaku tidak akan dapat habis aku belanjakan?"

"Usahlah engkau berfikir panjang lagi..sesungguhnya aku hanya mahu melihat kesudian engkau menggunakan sebahagian dari wang yang engkau perolehi ke jalan yang membawa keuntungan di hari muka kelak.."

Kisah ini sudah sering aku dengar sejak dari dulu lagi...jika kita berada ditempat si fakir tadi adakah kita akan berasa bersyukur dengan rezeki yang kita perolehi? Sedangkan dapat bonus yang tak seberapa pun sudah mampu mengukir senyuman kecil di wajah..masakan pula mendapat wang yang belum tentu dapat kita habiskan sepanjang hayat...!!

Namun apa yang menarik kisah yang sering diucap apabila datangnya Ramadhan ini adalah kesudian untuk kita melaburkan sejumlah wang yang kita perolehi tadi. 30 juta memang sangat banyak..tapi jika dibandingkan dengan 365 juta,jumlah itu sangat kecil nilainya..ditambah pula dengan kadar pulangan yang dijamin berpuluh malah beratus kali ganda dari apa yang
kita laburkan..memanglah amat rugi jika kita tidak mahu melaburkan wang 30 juta itu.

Begitu jugalah tentang kita di dunia yang fana ini...Allah telah mengaugerahkan 365 hari dalam setahun dan hanya sebulan atau 30 hari sahaja yang dituntut untuk kita berpuasa,melipat gandakan ibadat..melupakan seketika kesibukan harian demi menambah amal kebajikan,meninggalkan perkara2 yang mendatangkan kelalaian...mengorbankan masa tidur untuk beribadat dan memenuhi masa yang terluang untuk berzikir dan beristighfar..malah mencari segala peluang yang ada untuk bersolat berjemaah lima waktu.

Allah telah berjanji pada kita bahawa pahala dan keberkatan melakukan ibadat di bulan Ramadhan berlipat2 kali ganda ganjarannya berbanding pada bulan2 biasa. Ramai dari kalangan kita amat berat untuk mengorbankan nikmat 30 hari ini. Berapa ramai yang sanggup
memenuhi malamnya dengan beribadat..? Adakah kita dapat menahan telinga kita dari mendengar radio yang mengalunkan lagu2 kegemaran? Beranikah anda menyahut cabaran utk tidak langsung mendengar lagu2 melainkan bacaan dari surah al-Quran sepanjang sebulan Ramadhan? atau setidak2nya menutup radio ketika memandu ke tempat kerja dan membiarkan suasana sepi menyelubungi kereta anda?

Pada mulanya aku juga mempersoalkan apakah yang relevanya utk tidak mendengar musik jika kita tidak terkhayal atau terbawa2 dengan keasyikan muzik tersebut namun kita sering terlupa bahawa puasa adalah satu ibadat...maka adalah yang sebaiknya kita mengekalkan tertib ketika di dalam solat dilanjutkan sepanjang tempoh kita berpuasa yakni dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Ketika bersolat kita hanya mendengar bacaan surah al-Quran dari imam atau bacaan dari diri kita sendiri.. khusyuk tanpa mempedulikan bunyi2 yang ada disekitar kita. Adakah kita boleh mendengar MP3 ketika bersolat? atau bolehkah kita mencuri2 mendengar perbualan orang bersembang ketika kita dalam solat? Pernahkah kita melihat situasi seperti itu? Samalah juga dengan penglihatan kita ketika bersolat...khusyuk melihat tempat sujud tanpa menjeling2 melihat apa yang berlaku sekitar kita. Adakah kita boleh menjeling2 usha2 kot ada awek yang lalu ketika solat atau lebih teruk lagi ketika bersolat dirumah sambil mata memandang rancangan TV takut2 terlepas babak2 yang menarik ketika menunaikan solat.Malah kita juga tidak boleh berkata2 ketika didalam solat melainkan bacaan solat.

Apa yang menariknya ialah ramai di antara kita termasuklah aku tidak berpuasa secara total. Kita hanya menahan lapar..mengawal nafsu, penglihatan, percakapan dan mengelakkan dari perkara yang boleh membatalkan atau mengurangkan pahala puasa.Namun sanggupkah kita
berpuasa secara total dengan mengekalkan tertib ketika bersolat sepanjang tempoh kita berpuasa? Itulah puasa yang paling afdhal.. dan itulah target kita untuk mendapat keberkatan semaksimum yang mungkin...sanggupkah kita? Jika ganjaran 30 juta diletakkan didepan
mata, sanggupkah kita meninggalkan kenikmatan seketika untuk terus khusyuk sepanjang tempoh berpuasa?

Berikut adalah tertib2 solat yang boleh kita panjangkan sepanjang tempoh kita berpuasa;

1)Puasa pendengaran secara total. Hindarkan langsung mendengar radio/muzik..jika perlu hanya dengar info trafik dan berita sahaja. Tidak melibatkan diri dengan perbualan kosong yang tidak mendatangkan faedah, hanya mendengar bacaan2 al-Quran dan kuliah/tazkirah
ketika mempunyai masa yang terluang.

2)Puasa penglihatan. Biasanya kita hanya menghindarkan diri dari melihat perkara2 yang boleh mendatangkan syahwat,tetapi adalah lebih afdhal jika kita dapat menahan diri dari menonton tv, movie, drama, bermain game, surfing internet atau membaca majalah2 selain dari yang berunsur agama..

3)Puasa percakapan. Semua maklum bahawa kita perlu menjaga pertuturan ketika berpuasa,terutama sekali untuk tidak mencaci,mencarut dan mengumpat. Kita panjangkan dengan hanya bercakap jika perlu, tidak bersembang kosong dan banyakkan berzikir/mengaji al-Quran. Nyanyi2 seorang diri pun kenalah tinggalkan jugak..(Ada orang humming ketika solat?)

4)Mengosongkan fikiran. Apa yang dimaksudkan disini ialah bukan utk kita berhenti berfikir..tetapi memelihara pemikiran agar sentiasa khusyuk dan fokus terhadap kerja seperti di dalam solat. Tidak beromong2 kosong..memikirkan apa juadah berbuka, persiapan raya, termenung mengira bajet raya..dan sebagainya. Pokoknya..komited dgn kerja dan ibadah yang kita lakukan..(Adakah kita termenung ketika solat?)

5)Membersihkan hati. Di sinilah kunci bagi orang2 yang sedang berpuasa. Tujuan berpuasa bukan setakat merehatkan perut,tetapi turut membersihkan hati(jiwa) dan juga hati organ dalaman. Tatkala berlapar dapat membersihkan organ hati, menahan nafsu syahwat, nafsu amarah dan sifat tamak pula dapat membersihkan jiwa kita. Cubalah kita secara totalnya menghapuskan segala kemarahan, sifat2 dengki, dengan menjadi lebih tenang,selalu beristighfar dan bersedekah untuk penyucian jiwa. (Bolehkah kita bersolat dengan keadaan penuh kemarahan dan sakit hati?)

6)Menutup Aurat. Jika bersolat kita boleh menjaga tertib pakaian kita, kenapa tidak dipanjangkan ketika berpuasa? Berbaloikah kita berpuasa tetapi berterusan kita menanggung dosa tidak bertudung,berpakaian mendedahkan aurat terutama bila berada di khalayak orang2 yang sedang berpuasa?

Semoga kita menghargai peluang pelaburan 30 hari yang dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan sebaik mungkin kerana modal 30 hari itu adalah anugerah Allah dan tiada siapa yang tahu berapa kali atau berapa banyak 30 hari itu yang dapat kita merasa sepanjang hayat ini. Gunakanlah kesempatan yang ada kerana kita hidup pun atas kurnian Allah S.W.T.. Semoga ibadah puasa kita diberkati dan dipanjangkan umur agar kita dapat menikmati bulan Ramadhan sebanyak mungkin sepanjang hayat kita. Wassalam.

7 comments:

pye:rudz said...

kalau kau yang mengarang sendiri,
aku akan panggil kau ustaz.
kalau kau copy & paste,
aku akan panggil kau pendakwah.
amacam?

yUE said...

cayalah abg syah!
=)

raddy said...

tapi bro, blog ko ni pun ada background music MCR? tak dapek nak puasa pendengaran secara total....:P kena tukar tu.. orang ngaji ke, baru cara...hehehe

FIR said...

Lama tak dengar usrah lepas asar :-)

Anonymous said...

wahaha... terkujat jugak la aku nengok entry ko kali nih.. pesal la depa tak pilih ko jadik PIP masa sekolah dulu? :-)

MFN

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

(duduk dgn sopan sambil dengar tazkirahni)
moga dapat keberkatannya...amin

Labu-Labi said...

Pye : Aku pun tak sangka buleh lg mengarang since SPM 14 tahun yg lepas..heh..!!

Yue : Caya..jgn xcaya..:-)

Raddy : Iye la bro..Astaghfirullah.. camne aku leh xperasan nie..(aku set mute patut le aku xperasan ade lagu MCR..sat aku remove..:P )

FIR : Aku kalau terkenang usrah terbayang muka Arif Kadir jer yg dok baca..:-)

MFN : Haha..asyik escape solat jemaah je mana leh jadi AJK PIP beb..ko lupa ke kita ada escape ceramah dok lepak kat dorm ko dlm gelap..siot jek!:P

Dila : Selamat berpuasa..sama2 lah kita memohon kerahmatan..Amin..!!
(Bila nak organize Iftar nie?)